Thursday 7 July 2011

'PREVENT IS BETTER THAN CURE'

    RUTIN HARIAN VS KEPERLUAN TUBUH BADAN

    Berapa ramai antara kita yang ambil peduli tentang sistem daya ketahanan tubuh? Banyak penyakit yang kini dikaitkan dengan sistem daya tahan tubuh badan kita. Lihat sahaja pada gaya pemakanan hari ini, manakan puas jika tidak membawa anak-anak ke restoran makanan segera di hujung, tidak segar rasa tekak jika tidak meneguk minuman bergas yang sejuk di tengah hari terik, bila malas hendak memasak didihkan sahaja mee segera untuk mengalas perut dan lain-lain lagi tabiat pemakanan tidak sihat masyarakat hari ini.

    Dengan gaya pemakanan yang sedemikian, dimanakah agaknya kita menyalurkan sumber vitamin yang secukupnya dalam membina sistem imunisasi tubuh badan. Keadaan ini bertambah rumit dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini. Ditambah pula dengan persekitaran dengan udara yang kerap berjerebu, badan yang kekurangan antibodi akan menjadi tidak bersedia dengan kedatangan 'penceroboh' dalam tubuh badan dan dengan itu badan lebih mudah untuk menerima sebarang penyakit yang tersebar disekeliling kita.

    Apabila diserang penyakit, langkah alternatif yang menjadi pilihan ialah dengan mengambil ubat penahan sakit yang mengandungi dadah untuk menghilangkan rasa sakit. Ramai yang tidak tahu yang dadah sebenarnya hanya bertindak membunuh simptom penyakit (rasa sakit) tetapi bukan membunuh akar sesuatu penyakit. Ia akan menyebabkan penyakit berlarutan di dalam tubuh secara rahsia kerana simptom telah dihapuskan sementara kita pula menjangka kita sudah sembuh padahal kita semakin parah.

    Dengan mengalih pemakanan diet kepada yang semulajadi, ianya adalah bertentangan dengan apa yang bahan kimia akan lakukan kepada tubuh anda. Ianya akan membina sistem imunisasi tubuh anda, menyerang kanser yang wujud dalam tubuh anda serta menyahtoksin badan anda. Manakala bahan kimia dan dadah akan memenuhkan tubuh anda dengan toksin dan sekaligus memusnahkan sistem imunisasi anda. Bahan kimia atau dadah itu akan membunuh kanser tetapi pada masa yang sama ianya juga mematikan sel-sel yang baik di dalam tubuh anda. Kita semua perlu memastikan yang sistem imunisasi tubuh kita berada didalam keadaan yang 'Tip-top" kerana ianya merupakan sistem pertahanan kita.

 

Keajaiban Biji Aprikot Pada Sistem Imunisasi Tubuh Badan

    Berdasarkan kepada buku  "World without Cancer", biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain.  Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain.

    Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang sangat tinggi dan tertinggi diantara yang lain-lainnya. Disini, kami menawarkan biji aprikot mentah yang dibungkus, yang tidak dijemur dibawah cahaya matahari, tidak dibekukan dan tidak dimasak....semuanya yang MENTAH dan sangat baik untuk tujuan pencegahan dan rawatan penyakit. Biji aprikot jangan dimasak atau dibekukan supaya kebaikan yang ada padanya tidak hilang. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah.

    Satu lagi sebab kenapa anda perlu makan biji aprikot mentah, didalamnya terkandung bukan saja B17. Biji aprikot juga mengandungi B15 , enzim dan nutrisi lain yang sangat baik untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, apabila diekstrak B17 dari biji aprikot dan dijadikan dalam bentuk tablet, anda hanya akan dapat B17, bermakna sebaiknya anda makan biji aprikot dalam bentuk asalnya atau yang dikisar dan diletakkan ke dalam kapsul.

KAPSUL APRICOT SEEDS
RM89 (SM) RM94 (S/S)

No comments:

Post a Comment